ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

 

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

 

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

 

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

 

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 

 

 
 
 
 
 
 
 

 

 





 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 

 

 

 

 

 
 

Khamis, 1 November 2012

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM)

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM)



Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah dijalankan pada 1 November 2012 di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Pada peringkat awal, sebanyak 45 buah sekolah menengah telah menghantar penyertaan. Walau bagaimanapun hanya 10 buah sekolah telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pertandingan ini telah diadili oleh empat orang hakim yang bijaksana. 

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Kebaikan dan keburukan Facebook

Kebaikan dan keburukan Facebook

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada era globalisasi ini, penggunaan laman sosial seperti Facebook semakin berkembang dalam kalangan penduduk Malaysia mahupun seluruh dunia.Terdapat berberapa kebaikan dan keburukan.
      Antaranya adalah berfacebook boleh merapatkan perhubungan antara sahabat handai, saudara mara dan keluarga yang tinggal jauh kerana mudah berhubung walau dimana mereka berada dengan lebih cepat dan pantas.

Disamping itu boleh menambah kenalan dan bersua kembali sahabat lama yang bertahun-tahun terpisah.Ada juga yang membenih rasa cinta dan setia di ikatan perkahwinan atau percintaan sesama rakan facebook.
 
Dengan berfacebook juga kita dapat bertukar-tukar fikiran, memperolehi kenangan lama, berkongsi suka dan duka.Pelbagai cara kita boleh memperolehi maklumat melalui kenyataan, bualan, video dan gambar-gambar yang dipaparkan oleh kawan dan rakan.

Namun dalam sesuatu kebaikan itu wujud juga keburukan berfacebook seperti menyalah gunakan facebook untuk mengumpat keji, menghina rakan yang tidak sehaluan, menyumpah seranah serta memburukkan seseorang. 

Tidak kurang juga melahirkan golongan tertentu mengaut laba keuntungan, penipuan atau menggalakkan perkelahian. Berfacebook tanpa ilmu juga boleh membazirkan masa kerana terlalu lama melayari facebook terjebak dalam ketagihan.

Kelekaan berfacebook sehingga lupa mengerjakan atau lewat menjalani kewajipan perintah Tuhan.Melanggar arahan ibubapa dan membelakangi nilai moral serta melanggar tatasusila adat dan resam.

Kakitangan di pejabat juga ada yang mencuri masa bekerja mengambil kesempatan berfacebook yang menyebabkan tugasannya tertangguh.Ada dikalangan mereka lebih mengutamakan berfacebook dari bekerja.
 
Oleh itu dalam mengejar kebaikan Facebook, janganlah kita leka, lalai dan lupa pada keburukannya. Pandai-pandailah kita mengisi masa berfacebook.Baik buruknya terletak pada hati dan kebijaksanaan menilai dan mengurus masa.
  
Kesimpulannya sebaik-baik dan seelok-eloknya facebook digunakan untuk mempereratkan hubungan dan  pelbagai faedah kebaikan untuk diri dan masyarakat serta elakkan penyalahgunaan facebook yang  adakalanya membenih permusuhan dan kemusnahan.

Tepuk dada tanya selera !

credit : tokwanmatarun

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome